Showing posts with label berita sabah. Show all posts
Showing posts with label berita sabah. Show all posts

Saturday, 17 May 2014

Kemalangan maut km 20.6 jln Tamparuli




Pada 17.05.2014 lebih kurang jam 9:20 pagi berlaku satu kemalangan maut di KM 20.6 jalan Tamparuli -Ranau berhampiran dengan Kg.Kelawat

Kejadian berlaku apabila lori SAB3572T/SAB4405T yang membawa trailer panjang (tiada muatan) yang datang dari arah Ranau menuju ke Tamparuli hilang kawalan dan terbabas di satu selekoh.Lori itu telah merempuh dua buah kenderaan iaitu Toyota Prado SA119N dan Persona WUY5235 yang datang dari arah bertentangan.

Pemandu Toyota Prado tersepit didalam kenderaan dan telah meninggal dunia di tempat kejadian.Mayat mangsa telah dihantar ke hospital Tuaran dan dipindahkan ke Jabatan kimia untuk analisa kandungan alkohol dan dadah.

Sampel darah kesemua pemandu yang terlibat juga akan diambil untuk analisa kandungan alkohol dan dadah.Kes disiasat dibawah sek.41(1) APJ 1987.

Lori SAB3572T/SAB4405T
 Perantohfinoh Asman [pemandu] [L]
Mohd Arash Jatah [kelindan] [L]

Toyota Prado SA119N
Koh Tze Guan [Pemandu] [L] meninggal
Lim Nyuk Ping [penumpang] [P]

Persona WUY5235
Edmand Minsuan [pemandu] [L] cedera parah
Musinah Bt Gosong [penumpang] [P]

Wednesday, 5 February 2014

KK taxi service: Myvi jatuh

 taxi cab teksi 017 832 5898


Asia City: Seorang lelaki parah apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit sebelum terjatuh dari tingkat empat bangunan letak kereta di sebuah pusat beli belah di Kompleks Asia City, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi tadi
Mangsa berusia 50-an ditemui dalam keadaan tersepit namun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Kinabalu sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


Tuesday, 28 January 2014

taxi sabah: Double Parking

 
Teksi servis 017 832 5898
 
Kejadian berlaku di damai plaza.Kami nasihatkan kalau pun double parking tolong tinggalkan nombor telefon di dashboard kereta anda.Kalau susah-susah nak cari parking,pakai teksi sajala... :D
 
KK cab service 017 832 5898

HSBC-AMBANK depan TONG HING
Kalau malas sangat nak cari tempat letak kereta,teksi kan ada..
 
 

Tuesday, 11 December 2012

kereta putus dua


KOTA KINABALU: Dua bersaudara maut dan kenderaan dinaiki terputus dua dalam satu nahas jalan raya di Jalan Kolam, Luyang malam Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Deidre R Jinol, 20, meninggal dunia di tempat kejadian manaka
la saudaranya Jeremiah Isaac Alex Among, 22, meninggal ketika menerima rawatan di hospital setelah mengalami kecederaan di seluruh anggota badan.

Lebih mengerikan, kereta jenis Mitsubisihi Galant yang dinaiki kedua-dua mangsa telah terputus dua akibat impak kemalangan itu sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka tercampak ke atas jalan raya dalam kejadian berlaku sekitar jam 10 malam berkenaan.

Terdahulu sebelum insiden terbabit terjadi, dikatakan kedua-dua mangsa sedang menuju ke pusat bandar dari arah Luyang dan tidak semena-mena kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan di lokasi nahas berlaku.
Kereta terbabit kemudiannya dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang kebetulan menuju ke daerah Luyang dari arah Bandaraya Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, lima individu yang menaiki D-Max berkenaan hanya cedera ringan dalam insiden terbabit.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan meminta kepada orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses bedah siasat.
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta kepada masyarakat yang mempunyai maklumat untuk tampil segera memberikan bantuan bagi menyelesaikan kes,” katanya.

Taxi Kinabalu: faham-faham lah..hujung-hujung tahun ni..





Wednesday, 28 November 2012

The funeral of late NORIKOH

The funeral of late NORIKOH BINTI SALIWA, 16, 28 November 2012 (03:00pm) at Kampung Bombong 1, Tandek Kota Marudu...
"MAY HER SOUL REST IN PEACE"
~ Jayy Yan
 
antara komen dari Facebook mengenai kejadian itu:

Annie Anne
OMG!!..sampai bgini teruk kdaan arwah. Sa x dpt bygkn kesengsaraan yg dia lalui ketika penjenayah trkutuk itu mnyakiti tubuhnya. Sa amat sedih skli dgn kejadian mnimpa arwah. Takziah kpd keluarga...R.I.P bt arwah norikoh. Sa yakin dn percaya Tuhan itu sgt adil dn mahakuasa mgadili sgala prbuatan yg trsembunyi smada baik ataupn jahat. Kpd semua gadis2 yg brada d mna2 brhatilh kita. Kpd pakistan2 smua,plssss...kmu blik lh d negara kmu.


Wathney James
Condolence to her family and friends. Her life was short, but i believe God Love her more. May her soul rest in peace. Berikan Damai sejahtera, Penghiburan dan kekuatan kepada keluarga dia. Sad to see that, even to her Death, we can see her body still suffer, bleeding. I can't even imagine that another human did this and i doubt if they eligible to be even called as a human being.


Ryan LG
Semoga Tuhan memberi penghiburan kepada seluruh keluarga ini dan memberi mereka kekuatan untuk sabar dan terus beriman kepada Yang Esa.
  
Maiya Natasha
Sangat2 sedih..semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua kita. Anak2 gadis sentiasa berwaspada..ibubapa jgnlah lepas pandang pd anak remaja. Iblis n syaitan ada dimana2..PTI atau org tempatan klu dah dirasuk oleh hawa nafsu tak kenal siapa mangsa..kita doakan yg terbaik untuk keluarganya..moga rohnya tenang di alam sana..terkutuklah manusia yg sungguh kejam melakukan kekejaman terhadapnya..moga mendapat balasan dari Allah..salam takziah..
  
Josephine Wong
Lord..let her soul rest in peace..Dear Norikoh,i felt sorry for u..Takziah buat keluarga mangsa..kpd 5 org pakistan yg jahanam,kamu sedia la bila sampai d neraka nanti...Norikoh akan berada d cc Tuhan sebagai saksi ketika Dia menghukum kamu nanti..padan muka kamu,sialan...setan pun giling kepala tingu perangai kamu!!anjing...(sorry kwn2 fb yg lain..terkasar bahasa tlmpau marah bah..)

Taxi KK
Semoga kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.Saya berharap orang yang tergamak melakukan perkara ini mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. 



Monday, 26 November 2012

remaja di bunuh


Mangsa adalah gadis berumur 15 tahun. Dipercayai telah dirogol oleh lima orang pekerja kedai perabot yang berasal dari Pakistan. Mangsa ditemui pada 1p.m pada hari kelmarin 26.11.2012...Laporan polis telah dilakukan pada hari yang sama. Suspek kemudiannya telah berjaya ditangkap hari ini ketika suspek cuba mengembalikan MyKad mangsa.

Kejadian bermula pada pagi kelmarin. Mangsa dikatakan menemani

kakak dan sepupunya mencari kerja di Pekan G. Di pekan yang sama mangsa dan kakak dan sepupunya pergi ke sebuah kedai perabot. Mangsa yang ingin membeli sebuah almari telah dibawa ke tingkat atas oleh pekerja kedai perabot terbabit kerana dikatakan ada almari yang lebih cantik lagi di tingkat atas kedai. Kakak dan sepupu mangsa meninggalkan mangsa seorang diri dikedai tersebut (mungkin untuk mencari kedai2 lain yang menawarkan kerja kosong).

Beberapa jam kemudian mereka menyedari mangsa hilang dan membuat laporan polis. Mangsa semasa kemudiannya ditemui dengan keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok.

Melalui bedah siasat, doktor mengesahkan mangsa telah dirogol berkali-kali lebih daripada seorang lelaki. Menurut saksi, mangsa telah dihumban melalui sebuah lori yang disyaki milik kedai perabot tempat terakhir mangsa lawati.

Sumber daripada individu yang boleh dipercayai.
 
 Saya berasa amat sedih, terkilan dan sakit hati dengan kejadian ini. Saya menyeru kepada kerajaan Sabah dan Malaysia umumnya untuk menhadkan kemasukan orang asing khususnya dari negara Pakistan ke negeri ini.

Pernyataan yang mengatakan "warga asing tidak mengugat keselamatan orang Sabah" adalah amat tidak benar sama sekali. Buktinya sudah jelas lagi bersuluh dengan kejadian ini dan banyak lagi kes-kes lain yang melibatkan warga asing. Saya tidak mengatakan semua orang asing itu jahat dan kejam jauh sekali penjenayah namun hakikatnya kemasukan mereka sedikit-sebanyak telah membawa kesan buruk dari segi keselamatan. Kepada para gadis dan wanita diluar sana berhati-hatilah selalu tidak kira siang atau malam hari.

Dalam kejadian ini seorang saksi nampak mangsa di humban dari sebuah lori.. Lokasi simpang 3 depan jalan meghala ke SK Ranau-Jabatan Perhutanan Daerah Kota Marudu. Sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga bolehlah membuat pengecaman di Balas Polis Kota Marudu.

credit to original content owner
https://www.facebook.com/john.mitahmikat