Saturday 17 May 2014

Kemalangan maut km 20.6 jln Tamparuli




Pada 17.05.2014 lebih kurang jam 9:20 pagi berlaku satu kemalangan maut di KM 20.6 jalan Tamparuli -Ranau berhampiran dengan Kg.Kelawat

Kejadian berlaku apabila lori SAB3572T/SAB4405T yang membawa trailer panjang (tiada muatan) yang datang dari arah Ranau menuju ke Tamparuli hilang kawalan dan terbabas di satu selekoh.Lori itu telah merempuh dua buah kenderaan iaitu Toyota Prado SA119N dan Persona WUY5235 yang datang dari arah bertentangan.

Pemandu Toyota Prado tersepit didalam kenderaan dan telah meninggal dunia di tempat kejadian.Mayat mangsa telah dihantar ke hospital Tuaran dan dipindahkan ke Jabatan kimia untuk analisa kandungan alkohol dan dadah.

Sampel darah kesemua pemandu yang terlibat juga akan diambil untuk analisa kandungan alkohol dan dadah.Kes disiasat dibawah sek.41(1) APJ 1987.

Lori SAB3572T/SAB4405T
 Perantohfinoh Asman [pemandu] [L]
Mohd Arash Jatah [kelindan] [L]

Toyota Prado SA119N
Koh Tze Guan [Pemandu] [L] meninggal
Lim Nyuk Ping [penumpang] [P]

Persona WUY5235
Edmand Minsuan [pemandu] [L] cedera parah
Musinah Bt Gosong [penumpang] [P]

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan pertanyaan anda di sini.
teksi KK sedia untuk membantu anda.